Tuesday, November 18, 2008

Afgan Mahu Cari Rezeki Lebih Di Malaysia?

Lagu Terima Kasih Cinta benar-benar mampu membuat penyanyi remaja bernama Afgan mengucapkan terima kasih kepada penciptanya.

Lagu itu membawa Afgan menjadi fenomena baru kepada pengikut muzik di Indonesia yang selama ini disogok dengan deretan kumpulan muzik.

Afgan yang mencelah di antara mereka kini sebuah nama besar. Album sulung itu juga sudah memberikan Afgan beberapa anugerah yang mencabar penyanyi yang lebih senior.

Namun anak muda yang memiliki nama penuh Afgan Syah Reza itu masih mahu menjalani hidup seperti biasa.

"Saya masih mahu menjadi diri sendiri. Di kampus saya hadir sebagai diri saya bukannya sebagai seorang penyanyi dan kawan-kawan menerima saya sebagai Afgan yang dulu," katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 17 November 2008 lalu.

Dia juga berharap kehadirannya di sini akan di terima oleh peminat Malaysia. Afran mula rasa keseronokan apabila bergelar artis popular.

"Saya juga ada penyanyi yang saya minati dan kagumi... Kris Dayanti misalnya, dulu sering menonton dia di dalam TV , sekaranag bisa menyanyi satu pentas dan bisa berSMS. Itulah salah satu yang seronoknya apabila saya jadi penyanyi,"
katanya.

Hijrah ke Malaysia?

Afgan tidak menolak kemungkinan akan berhijrah sementara ke Malaysia tahun depan atau dua tahun lagi.

Pasti peminatnya di sini akan gembira apabila Afgan berhijrah ke Malaysia. Mengapa perlu hijrah?

"Saya masih belajar di Monash University. Saya akan sambung belajar di cawangannya sama ada di Australia atau di Malaysia.

"Kini saya sedang memikirkan ke manakah saya akan menyambung pelajaran nanti. Saya perlu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi setahun atau dua tahun lagi," jelas Afgan.

"Pilih saja Malaysia, nanti saya boleh menulis lebih banyak cerita pasal kamu,"
gurau wartawan Emma daripada majalah HAI.

"Jadi saya ke sini untuk menyanyilah bukan untuik belajar," pantas Afgan yang pemalu itu cuba membalas dengan gurau.

Afgan nampak mesra melayan pihak media, lantas tergerak nak tahu bagaimanakah hubungannya dengan pihak media di Indonesia, kerana banyak artis seberang yang tidak begitu baik layanan kepada media di sana.

"Hubungan saya baik saja... saya faham peranan pihak media. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak menjadi seperti hari ini,"
jelasnya lagi.

Afgan tak mudah melenting apabila turut dijadikan mangsa gosip. Antara gosip yang sedang hangat pasalnya ialah dikaitkan sedang menjalin cinta dengan pelakon remaja Eva, anak kepada aktres era 1980-an, Sophia Latjuba.

"Saya dan Eva berkawan sahaja... kami tak bercinta,"
jelas Afgan pasal gosip itu.

Sering kecewa cinta

Kalau dengan lagu-lagunya banyak lirik yang menyentuh pasal cinta. Adakah Afgan sudah punya cinta hati?

"Saya masih solo... pernah dua kali putus cinta. Agaknya orang susah nak faham diri saya," jelas penyanyi berbintang Gemini itu.

Afgan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pemalu, pemalas, sukar buat keputusan dan boros.

"Saya pemalu sebenarnya dan saya pernah lari apabila diminta menyanyi di depan juri ketika ingin mencuba uji bakat Indonesia Idol dulu,"
kata Afgan.

Sumber : ManggaOnline

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: