Tuesday, November 18, 2008

Betulkah Ini Teman Wanita Danny X-Factor?

Inilah gambar Eleda Hanan,22 yang digembar-gemburkan sebagai awek Danny X-Factor. Walaupun danny menafikannya.

Gambar/Baca-Selanjutnya..

Artis Dan Dunia Arak


Gambar/Baca-Selanjutnya..

Afgan Mahu Cari Rezeki Lebih Di Malaysia?

Lagu Terima Kasih Cinta benar-benar mampu membuat penyanyi remaja bernama Afgan mengucapkan terima kasih kepada penciptanya.

Lagu itu membawa Afgan menjadi fenomena baru kepada pengikut muzik di Indonesia yang selama ini disogok dengan deretan kumpulan muzik.

Afgan yang mencelah di antara mereka kini sebuah nama besar. Album sulung itu juga sudah memberikan Afgan beberapa anugerah yang mencabar penyanyi yang lebih senior.

Namun anak muda yang memiliki nama penuh Afgan Syah Reza itu masih mahu menjalani hidup seperti biasa.

"Saya masih mahu menjadi diri sendiri. Di kampus saya hadir sebagai diri saya bukannya sebagai seorang penyanyi dan kawan-kawan menerima saya sebagai Afgan yang dulu," katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 17 November 2008 lalu.

Dia juga berharap kehadirannya di sini akan di terima oleh peminat Malaysia. Afran mula rasa keseronokan apabila bergelar artis popular.

"Saya juga ada penyanyi yang saya minati dan kagumi... Kris Dayanti misalnya, dulu sering menonton dia di dalam TV , sekaranag bisa menyanyi satu pentas dan bisa berSMS. Itulah salah satu yang seronoknya apabila saya jadi penyanyi,"
katanya.

Hijrah ke Malaysia?

Afgan tidak menolak kemungkinan akan berhijrah sementara ke Malaysia tahun depan atau dua tahun lagi.

Pasti peminatnya di sini akan gembira apabila Afgan berhijrah ke Malaysia. Mengapa perlu hijrah?

"Saya masih belajar di Monash University. Saya akan sambung belajar di cawangannya sama ada di Australia atau di Malaysia.

"Kini saya sedang memikirkan ke manakah saya akan menyambung pelajaran nanti. Saya perlu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi setahun atau dua tahun lagi," jelas Afgan.

"Pilih saja Malaysia, nanti saya boleh menulis lebih banyak cerita pasal kamu,"
gurau wartawan Emma daripada majalah HAI.

"Jadi saya ke sini untuk menyanyilah bukan untuik belajar," pantas Afgan yang pemalu itu cuba membalas dengan gurau.

Afgan nampak mesra melayan pihak media, lantas tergerak nak tahu bagaimanakah hubungannya dengan pihak media di Indonesia, kerana banyak artis seberang yang tidak begitu baik layanan kepada media di sana.

"Hubungan saya baik saja... saya faham peranan pihak media. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak menjadi seperti hari ini,"
jelasnya lagi.

Afgan tak mudah melenting apabila turut dijadikan mangsa gosip. Antara gosip yang sedang hangat pasalnya ialah dikaitkan sedang menjalin cinta dengan pelakon remaja Eva, anak kepada aktres era 1980-an, Sophia Latjuba.

"Saya dan Eva berkawan sahaja... kami tak bercinta,"
jelas Afgan pasal gosip itu.

Sering kecewa cinta

Kalau dengan lagu-lagunya banyak lirik yang menyentuh pasal cinta. Adakah Afgan sudah punya cinta hati?

"Saya masih solo... pernah dua kali putus cinta. Agaknya orang susah nak faham diri saya," jelas penyanyi berbintang Gemini itu.

Afgan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pemalu, pemalas, sukar buat keputusan dan boros.

"Saya pemalu sebenarnya dan saya pernah lari apabila diminta menyanyi di depan juri ketika ingin mencuba uji bakat Indonesia Idol dulu,"
kata Afgan.

Sumber : ManggaOnline

Gambar/Baca-Selanjutnya..

Video Que Haidar Membelai Rambut Linda Jasmine

Jadi Tak dinafikan lagi hubungan mereka ini. Que, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama di ambil orang. ahaks..

Gambar/Baca-Selanjutnya..

Monday, November 17, 2008

Pengurus dan Ashraf Sinclair Kecewa Dengan Kenyataan Melodi

Pasangan pengantin baru Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kecewa dan sedih dengan laporan program Melodi diTV3 pasal majlis resepsi perkahwinan mereka minggu lalu.

Namun mereka enggan memeningkan kepala memikirkan kekusutan itu demi menikmati saat-saat bahagia dan manis setelah disatukan sebagai suami isteri.

Mereka kini masih berada di Malaysia dan akan terbang ke Maldives untuk berbulan madu hujung minggu ini.

"Ashraf dan Bunga ada berkata kepada saya yang mereka rasa terganggu dan kecewa dengan laporan (negatif) pasal majlis resepsi kerana dia telah berusaha untuk menjadikan majlis resepsi perkahwinan mereka satu detik
[Amin Hussen (kanan) membuat sidang akhbar sehari selepas program Melodi disiarkan.]

Amin Hussen (kanan) membuat sidang akhbar sehari selepas program Melodi disiarkan.
yang indah dan diingati," kata Pengurus Besar Beyond Events, Amin Hussen.

Amin menjadi jurucakap bagi pihak Ashraf yang bernaung di bawah bumbung syarikat pengurusan artis itu.

"Saya cuba fahami dan mencari apakah tujuan laporan itu dibuat," kata Amin.

Laporan Melodi pada 16 November 2008 menggambarkan ada rungutan tidak puas hati daripada pihak media yang membuat liputan sepanjang majlis yang berlangsung di Hotel The Saujana, Subang pada 14 November lalu.

"Saya akui ada sedikit masalah dalaman yang tidak ada kaitan dengan tetamu dan pihak media. Keluarga Bunga dalam 30 orang tinggal di hotel lain. Kami menyediakan perkhidmatan menyewa kenderaan untuk membawa mereka pulang.

"Pemandu mendesak agar tetamu cepat manaiki kenderaan untuk pulang ke hotel. Ashraf memang tak puas hati dengan pemandu. Sebab itu acara keluarga Bunga bergambar bersama pengantin diselesaikan terlebih dalulu," jelas Amin.

Amin menegaskan laporan Melodi tersebut tidak benar malah pihaknya tidak menerima rungutan daripada media yang diudang sebagai tetamu dan sekali gus membuat liputan majlis tersebut.

"Ashraf dan Bunga berusaha melayan semua media sebaik mungkin," kata Amin.

Sumber : ManggaOnline

Gambar/Baca-Selanjutnya..

Inilah dia Baby Lelaki Wardina Yang Selamat Dilahirkan



Nama baby cute ni "Imran Ar-Razi"..

Gambar/Baca-Selanjutnya..

Anak Menteri Sosial Tak Terkata

Mengikut Sumber, lelaki ini adalah anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz. Bila dah kaya raya, duit dah banyak, bukan apa, duit rakyat lah katakan. Buang sana sini, Tuhan dan agama diabaikan. Biasalah segelintir orang-orang VVIP ni, agama tak diutamakan.. Nauzubillah..

Foto-foto ini tidak diyertakan siapa nama sebenar kepada anak Datuk Seri Nazri Aziz ini tetapi mereka punya wajah yang seiras. Sebahagian gambar wujud sejak tahun 2006 dan sebahagian lagi boleh dikatakan yang terkini.









Gambar/Baca-Selanjutnya..

Gambar Umie Aida Dengan Isteri Eizlan Yusof, Vie



Gambar/Baca-Selanjutnya..