Saturday, October 04, 2008

Amy Seach Buka Maahad Tahfiz?

KUALA LUMPUR, 6 Mei yang lalu, Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?


“Ini dia pelannya tok guru,” kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya. Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan. Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.

Sumber

-Pewitt.. alhamdulillah Amy. Sama-sama kita berubah ke arah kebaikan. Yang penting Allah tahu niat kita. Saya berdoa semoga Allah memberi seribu satu kesenangan di dunia dan akhirat kepada Amy.. Amin-

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: