Monday, November 10, 2008

Ashraf Sinclair dan Bunga Pulang Ke KL Dengan Jet Peribadi?

Pasangan artis ini memang kaya ke, atau sengaja menunjuk-nunjuk. Terbaru, Ashraf Sinclair telah membuat kenyataan bahawa mereka akan pulang ke Malaysia dengan menggunakan jet peribadi pada 12 November ini.

“KAMI akan pulang ke Malaysia pada 12 November ini dengan sebuah jet peribadi!”

Begitu ungkapan yang dilontar oleh Ashraf Sinclair kepada
Kosmo!

Sabtu lalu, perkahwinan mereka berdua berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta pada hari Ahad, namun wartawan Malaysia tidak membuat liputan majlis akad nikah mereka. Justeru kepulangan pasangan pengantin yang sama cantik sama padan ini ke Kuala Lumpur pada esok hari, pastinya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh peminat mereka berdua tetapi juga media negara ini.

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: