Tuesday, November 11, 2008

Benarkah Mejar Faiz Berkawan Rapat Dengan Nurul Syuhada?




Mejar Dr. Faiz Khaleed tidak pernah menafikan beliau berkawan dengan personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zain.

Mejar Dr. Faiz yang peramah Malah beliau mengakui tidak suka berbohong dan menidakkan benda yang benar kerana percaya suatu hari nanti kebenaran akan timbul juga.

"Saya tak pernah menafikan saya berkawan dengan Nurul tapi ada benda-benda yang saya tak boleh saya cakap.

"Ada perkara yang mungkin sensitif ataupun akan melibatkan pihak lain. Apa yang boleh saya katakan, kami kini saling mengenali di antara satu sama lain,"

kata Faiz semasa melawat pejabat Utusan Karya Sdn.Bhd. baru baru ini.

Faiz akui sejak bergelar selebriti sekarang kehidupannya berubah. Namun beliau masih lagi menjalani kehidupan seperti biasa.

Yang berubahnya ada orang yang akan menegurnya apabila beliau keluark ke mana-mana.

"Saya tak perlu menjadi orang lain kerana sebelum ini pun, di dalam tentera saya juga mengikut disiplin dan sentiasa berpakaian kemas kalau mahu ke mana-mana majlis."

tambah katanya lagi..

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: