Monday, November 10, 2008

Betulkah Memey Bersembunyi Di Kota Tinggi kerana Trauma?

Kemelut yang melanda Norman & Abby Abadi belum lagi selesai. Dan ke mana hilangnya Memey, orang ketiga dalam krisis itu? Apakah yang berlaku kepada pelakon remaja yang dicekup khalwat bersama Norman dalam 'Tragedi Oktober' itu?

Daripada Sumber, kami mengetahui Memey rupanya sekarang sedang menyorok diri. Menyorok di rumah keluarganya sendiri di Kota Tinggi, Johor.

Kata sumber itu, Memey masih lagi dalam trauma dan terus menanggung malu. Dia perlukan ketenangan dan keluargalah menjadi tempat untuk berpaut serta meminta perlindungan.

Diantara lain, berbunyi: "Selepas kejadian, terlalu banyak panggilan telefon saya terima daripada press tapi saya masih belum bersedia untuk beri apa-apa kenyataan. Bila saya sudah bersedia, saya pasti akan beri keterangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

"Tapi, janganlah terus-menerus menghukum saya. Saya terlalu trauma untuk berhadapan dengan semua ini," katanya.

Lebih hot lagi semalam, Ahad, ayah Memey, Suhaimi Sarwani, 45, berkata dia tidak kisah kalau anaknya itu ada jodoh dengan Norman. Dengan erti kata lain, dia sanggup menerima Norman sebagai menantu. Apa nak kisah, dapat menantu hensem dan playboy serta popular..

Hai. Soal maruah tak diutamakan, soal jodoh pula yang dibangkitkan.. Aduhai..

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: