Sunday, November 16, 2008

Dafi Nafi Sudah Bertukar Tagline!

Suatu ketika dulu, pernah timbul isu Zizan Raja Lawak 2 mencilok tagline bintang Akademi Fantasia 5 Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi. Tagline yang berbunyi 'Baik Punyer' itu telah digunakan Zizan untuk menjadi bahawa jenakanya pada salah satu episod gelanggang Raja Lawak 2.

Disebabkan itu, ada peminat Dafi dikatakan marah sehingga timbul pula isu Dafi terasa hati dengan Zizan. Namun isu ini sudah selesai dan masing-masing menganggap ia sebagai asam garam hidup seorang selebriti.

Pun begitu, rentetan dari peristiwa ini, ada pula desas-desus mengatakan Dafi telah pun bertukar tagline. Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu dikhabarkan tidak mahu menggunakan tagline ‘Baik Punyer’. Betulkah?

"Dafi tak pernah pun tukar tagline tu. Setahu Dafi, ia memang sudah sebati dengan imej Dafi. Cuma sekarang ini Dafi jarang gunakan saja.

"Dafi tak kisah lah orang nak buat apa sekali pun dengan tagline tersebut. Dafi tak pernah ambil hati. Dafi tak akan ubah diri Dafi selagi ia tidak memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Jika berubah kerana kebaikan, Insya-Allah Dafi akan buat," ujar Dafi.

Dafi idam 'terbang' dengan peminat

Menyentuh hubungan Dafi dengan peminat setianya, Dafi adalah antara bintang AF yang begitu akrab serta tidak putus membuat program bersama peminat.

Jadi, tidak hairanlah untuk kali keduanya, kelab peminat Dafi (DFC) yang diserikan dengan ahli yang bergelar Dafinites sekali lagi menganjurkan program menyambut hari jadi Dafi yang ke-20 pada 14 Disember ini.

Program yang diberi nama Terbang Tinggi akan diadakan di Menara Kuala Lumpur. Apa kelainan yang ditampilkan kali ini?

"Semakin hari Dafi semakin sayang kepada kelab peminat Dafi. Setiap kali program, ahli kelab ini sentiasa mencari kelainan. Kali ini mereka mahu semua merasai dunia penerbangan pula. Dafi rasa ia pun tak pernah dibuat orang lagi.

"Sekarang, Dafi sedang sibuk mencari pakaian untuk malam itu nanti. Mungkin Dafi akan pakai macam pilot. Yang penting , ini kali kedua kami bekerjasama dengan KL Tower.

"Ikut perancangan, sesiapa yang menyertai akan rasa pengalaman terbang dengan mengimbas kembali nostalgia serta destinasi yang pernah kami lalui bersama. Dulu apabila ditanya, Dafi pernah cakap henda menjadi pilot. Jadi, Dafi rasa mungkin juga sebab itulah mereka pilih tema ini," jelas Dafi yang akan menerima kejutan pada hari berkenaan.

Difahamkan, selain persembahan nyanyian, malam itu juga akan ada pertunjukkan lampu. Apa yang pasti, suasana malam itu persis dalam kapal terbang.

Bagi yang berminat untuk menyertai malam ini, anda boleh menghubungi penganjur di talian 012-9233814 atau pun layari laman web rasmi kelab peminat Dafi. Tiket majlis ini dijual pada harga RM 100 (Kelas Pertama Bersama Dafi), RM 80 (Kelas Dafinites) dan RM 60 (Kelas DGM).

Sumber : Murai

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: