Thursday, November 13, 2008

Fasha Sandha Di Boikot Oleh Media Gara-gara Seorang Wartawan

Undian Gambar:

Fasha dipinggirkan media, gara-gara cinta wartawan popular itu bertepuk sebelah tangan dan wartawan tersebut telah mempengaruhi rakan media yang lain agar terus memboikot Fasha. Dendam kesumat akibat cinta tidak terbalas itu membuatkan Fasha terus membawa diri dan mengelak daripada media untuk sebarang cerita mengenai dirinya.

Menurut sumber, wartawan yang dimaksudkan ini pernah menganggap dirinya TUHAN yang boleh menentukan jatuh naik artis-artis Malaysia jika kehendaknya tidak dituruti. Wartawan ini juga akan bertindak supaya hubungan seseorang dengan artis yang dianggap sebagai skandalnya tidak kekal lama dengan pasangan artis tersebut.

Ramai dikalangan orang dalam industri hiburan menyedari kegiatan wartawan ini sebagai "Bapa Ayam" dan pengantara beberapa artis wanita dengan golongan VVIP. Tetapi tiada yang berani menegur atas perbuatan keji wartawan ini. Namun begitu, adakah wartawan itu sedar mata penanya tidak mampu untuk memaksa hati dan perasaan orang terhadapnya lebih-lebih lagi Fasha untuk menjadi miliknya. Fasha ada taste tersendiri dan wartawan itu perlu sedar antara dirinya dan Fasha, ibarat langit dan bumi.

Mungkin merasakan dirinya terlalu 'berjasa' menaikkan Fasha membuatkan beliau menaruh perasaan dan merasakan cintanya pasti terbalas satu hari nanti. Namun, sehingga ke hari ini itu semua adalah mimpi indah dan angan Mat Jenin wartawan tersebut.

Tiada siapa yang merasa simpati kepada pemilik suara itik serati itu dan beliau seharusnya perlu sedar melibatkan diri dalam industri seni ini di atas kesudian mata pena wartawan pasti ada makna yang tersembunyi jika wartawan tersebut menaruh perasaan terhadapnya. Almaklum Fasha terhangat di pasaran ketika itu membuatkan wartawan tersebut sering menjadikan dirinya bahan utama dan merasakan cintanya pasti terbalas satu hari nanti.

Akibatnya, Fasha teraniaya dan membuatkannya bersikap terlalu hipokrit akibat perbuatan wartawan tersebut yang terlalu bagus menyergah orang tak tentu pasal.

Sumber: JomStar

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



1 Komen Pelawat:

Anonymous said...

XbLeY CaYeR GaK CkP AkHbAr tU..tAh aR.mCm2 CtEr AkU DgR PaSaL FaShA NiH.s0 nAk kAtA DiA BaIk pOn xGaK.mCm2 dIa bT.pReSs jE Yg nK RaHsIaKn nAmA DiA Dr KeTaHuAn UmUm.KlAu dIa X MeLaYaN,xKn aRr wArTaWaN yG S0RaNg tU BrAnI Bt dIa cAmTu.WaRtAwAn Tu dAh sAkIt aTi aR Tu nGn dIa.ArTis lAiN XdE PoWn WaRtAwAn Bt cAmTu..S0..KITA sendiri sebagai penonton ni pandai2 lah fikir2 kn...

~CiK KiAh~