Sunday, November 16, 2008

Irma Hasmie Bercinta Dengan Datuk R?

Dunia hiburan tidak pernah sunyi dengan gosip yang kadang-kala diakui kebenarannya. Terbaru, model dan pelakon cantik, Irma Hasmie yang telah putus cinta dengan Farid Kamil telah menemui pengganti.

Seperti biasa, artis yang menemui cinta baru pasti akan menafikannya walaupun dapat dihidu oleh pihak media. Perkara seperti itu juga berlaku kepada Irma Hasmie. Walaupun baru putus cinta dengan Farid, beliau tidak serik dan mula menjalinkan hubungan cinta baru.

Tetapi yang peliknya, kenapa Irma sanggup menjalinkan cinta terlarang itu? Adakah beliau sudah habis berfikir? Cerita yang disampaikan oleh sumber berkenaan kepada peciter sangat mengejutkan.

Baru-baru ini, Irma menafikan cintanya dengan seorang Datuk dan merasakan tidak sesuai menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka bergelar Datuk R.

Menurut sumber, penafian Irma mungkin berpunca daripada cintanya yang lebih kepada kaum sejenis. Astrafilullah... Irma kenapa jadi seperti itu selepas putus cinta dengan kekasih lama?. Takkan sanggup menjalinkan hubungan 'songsang' pula?.

Irma dilihat begitu mesra dengan pengkid tersebut dan ke mana sahaja pasti berdua. Bukan setakat itu sahaja, lagak mereka berdua sama seperti insan lain yang sedang bermadu kasih! Begitu bahagia sekarang ya Irma... Mungkinkah 'pengkid' yang dimaskud itu adalah pengurus peribadi Irma?

Walau apapun, tunggu dulu kepastian daripada empunya diri. Nantikan pengakuan daripada Irma tidak lama lagi...

Sumber : JomStar

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: