Friday, November 14, 2008

Kerana Memey, Darling Ngasri Ikut Terkena Tempiasnya

Di tengah-tengah kemelut yang melanda Memey Suhaiza, 'pasangan khalwat' Norman Hakim, Darling Ngasri adalah orang yang tidak kurang 'terkena tempias' cerita sensasi yang sudah acapkali diulang tayang ceritanya oleh pihak media.

Sudah menjadi satu perkara biasa apabila berlakunya satu-satu insiden 'hot n spicy', maka sudah tentu seluruh rakyat Malaysia samada peminat setia dunia hiburan atau pun tidak akan tercari-cari siapakah mereka-mereka yang terbabit di dalam setiap skandal mahupun kontroversi yang timbul.

Memey Suhaiza contohnya merupakan anak saudara kepada pelakon Darling Ngasri. Sudah tentulah Darling turut merasa sakit dengan insiden ini apatah lagi sebelum ini Memey Suhaiza bertindak keluar dari rumah Darling kerana berlaku perselisihan faham antara keduanya.

Kesian Darling! Sebagai anak seni yang sudah terlalu lama mengabdikan diri dalam dunia lakonan dan pengacaraan mahupun belakang tabir, Darling sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada Memey Suhaiza. Andai Memey tidak tersalah langkah, dia juga boleh berjaya sebagaimana saudaranya itu. Malangnya, hati muda Memey tidak sealiran dengan keikhlasan hati Darling. Malah, ketulusan Darling pernah disalah anggap oleh Memey.

Peciter dapat rasakan, jauh di sudut hati Darling dan keluarganya, merasa sakit yang teramat sangat di atas kelancangan tindakan Memey yang masih mentah dan hijau. Namun hakikatnya, tidak ada apa yang perlu Darling sesalkan..kerana Peciter rasa dia telah mencuba mendidik dan membawa Memey ke dunia seni dengan langkah yang betul tetapi hati muda Memey memilih untuk melangkah pada gelanggang yang salah!

Sumber : JomStar

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: