Thursday, November 06, 2008

Norman Pasrah jika ditakdirkan Berpisah Dengan Abby


‘Saya pasrah andai berpisah’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.

Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



11 Komen Pelawat:

Anonymous said...

Menyesal skarang pun da tak guna Norman.Kenapa tak fikir akibat nya dari awal2 lagi.Memang la kita manusia tak lepas dari buat silap tapi itu hanya sekali dan bukan berkali kali seperti kau.Kalau da byk kali bukan silap tapi memang cari masalah.Gatal nak rasa berbini dua kan..

Anonymous said...

sampai ati norman leh wat kat abby mcm nie???pikir sket psl anak2 yg makin m'besar.....tapi skg pun nak m'nyesal dah x guna,so better gak abby wat kputusan utk diri dia n anak2...sekian



hak wanita

meowsiam asia said...

memang gatal betul kau norman. Betina kampung tu memang tumpang glamour.
tgk aje bapak betina tu, bukan dia malu anak betina kena tangkap khalwat sibuk bangga dapat menantu artist yang tak lama lagi tak laku.

meowsiam asia said...

aku geram ngan betina tak sedar diri tu. dah lah si jantan yang konon menangis mintak simpati , dia ingat ni cerita gerak khss ke, hei norman jgan lah pakai uniform polis tu kau tak layak. buat malu pasukan keselamatan kita.

Anonymous said...

padan muka si betina gatal tu dah tau suami orang nak impit jugak. Aku harap tak ada pihak nak ambik dia berlakun. nak berlakun untuk watak perempuan gedik yang nak mengimpit laki orang atau jadi GRO boleh lah, tak kan nak dukung watak jadi anak gdis yang baik atau perempuan yang baik2. Orang tak kan nak tgk muka kau die.Abang(bapak betina) walau pun nak anak glamour jadi artis tak kan sanggup gadai maruah bang ooi.Lu pikir lah sendiri, sepath kata nabil

Anonymous said...

Suda laa norman tk ya la nk pura2 pat tv nk buat muka simpati,sedih menangis konon dgn apa yg berlaku,kira pengalaman dulu kau pura2 je la berlakon konon menyesal ckp tk bleh hidup tanpa anak bini la n tk berasa serik btl kau ni eh.Jantan jenis apa kau ni.Apa yg kau kejar sngt si memey kemek tu..bini kau abby tu 10x lg cun la,mcmana kau mabuk dgn betina tu mcm tu juga kau mabuk dgn abby dulu.Nanti bila kau da dok serumah dgn memey kemek tu,anak pun da bederet kau nampak pmpn lain lak n hal yg sama kau akn buat..INGAT NORMAN! kita hidup ni tk lama pat dunia,kenikmatan ni semua sekejap je n anak bini la sumber sgala gala nya,klau kau tk menghargai nya tk akn tenang n bahgia la hidup kau buat selama lamanya.Dgn sekelip mata kau norman akn hilang semua nya n jgn tu jam baru kau nk menyesal too late.Tu pun kau mase tk sadar2,if kau tkde komitmen yg btl2 mase tk puas enjoy,jgn kahwin dulu dgn abby jd kau tk menyusah kan semua org.Kau tu artis jaga la imej ckit n if kau tu bujang no hal,ni anak da 3 perasan bujang.BERDOSA BESAR KAU NORMAN,hidup tk pernah nk bersyukur dgn apa yg ALLAH da kurnia kan kau rezki,anak bini,family kau baik2 n kebahgiaan terang2 da ada depan mata dgn sekejapa kau sendiri yg hilang kan.Hargai la ckit pengorbanan isteri kau abby da susah payah bertarung nyawa utk berikan kau zuriat..tegel btl hati kau norman n tk akn tenang dan bahgia la hidup kau selama lama nya dgn menyakiti hati insan yg bergelar ISTERI yg benar2 jujur,setia pd seseorg yg bergelar SUAMI.

Anonymous said...

Hei! Norman jantan tk sadar diri tk tau diuntung,kau sadar tk apa kenyataan yg kau keluarkan di s.khabar yg kau ckp ada perasaan sayang pd si memey muka kemek tu..'krn dia la yg memahami baik buruk laa,rasa diri tu dihargai laa,beauty brains laa'.Org klau cantik n bijak ada akal mcm yg kau puji konon,si memey kemek tu tk akn buat hal2 bodoh mcmni.Kau lupa ke pengorbanan yg lebih berharga drp isteri kau Abby tu da susah payah hidup dgn kau susah senag sama2,bagi kau anak n yg da tau baik buruk perangai kau mcmana drp betina tu.Skrg ni siapa yg mkn asam garam dulu hidup dgn kau Norman si betina tu ke or isteri kau Abby yg 10x lg cun tu.TLG JWB? PLS LAA NK MUNTAH RABAK SEH DENGAR! sadar la diri tu ckit ni bkn filem hindustan,baru-baru sayang laa lama-lama melayang.Wei! ni sayang-sayang sekejap je laa, brg baru la kata kan n lama-lama kau dgn betina tu akn ada perasaan bosan lak lg klau kau da tau perangai betina tu mcmana bila da dok serumah nanti.Tu jam baru kau tau,rasa menyesal tk sudah.Jgn sampai anak2 kau da besar nanti tk akn trima kau sbg papa nya,coz perlakuan yg kau da buat pd isteri kau abby tu impact dia anak2 yg akn dpt.Kau tk habis2 nk ada skandal dgn pmpn sampai bila Norman,diri makin da tua bkn nya makin muda n si memey kemek tu yg mase muda.Lama2 dia yg tinggal kan kau sebab kau bkn bujang anak da 3,bila dia jumpa jantan yg lg macho drp kau..kau yg akn ditinggalkan bulat2 nanti,Jgn tu jam kau baru nk menyesal nk blek semula dgn anak bini kau.Abby da ludah tk akn jilat blek laa,Peluang yg ada kau tk manfaat kan dgn sebaik mungkin n ni la dia manusia buat sesuatu lebih kan nafsu drp akal..agak nya klau isteri kau tau yg kau tk serik-serik nya suami,pasti Abby memang menyesal tk sudah trima kau blek masa kau buat hal yg sama dulu.Jgn nk step simpati laa Norman cepat-cepat la insaf sblm tersungkur yg seterus nya..Episod hidup ni panjang,kau da buat isteri cukup-cukup,lambat laun org lain buat kau pulak ntah2 betina tu yg akn balas blek segala perbuatan ma'siat kau org.

Anonymous said...

Hai! Norman agak nya memang da jadi habit kau tk..ada skandal dgn pmpn sana sini tk habis2,kahwin cerai da tu buat anak sana sini.Jgn sampai anak sendiri pun da tk kenal nanti,mana la tau dgn si memey kemek ni anak nk 4org lak n bila akn dtg buat perangai lg nanti da tu kahwin lg anak 5org lak.Mcm da jd kau punya trend lak eh..apa nk jd agak nya kau ni norman,mana g keimanan kau.Ni la dia suami klau klua je dari rumah 'NIAT' da tk btl n ni la dia jd nya tk btl jalan nya,if 'Niat' tu lurus..insyallh.ALLAH tu kaya tau mana baik buruk nya utk diberikan balasan..Pd semua suami2 di M'sia juga di S'pura sayangi la dan hargai la isteri2 dan anak2 slagi mase ada di depan mata,jgn la kita hancurkan kebahgiaan yg terang2 sudah ada.Sentiasa bersyukur la dgn sgala nikmat yg ada dgn dikurnia kan seseorg yg bernama isteri yg bnyk perngorabanan utk suami yg tk terhingga.INGAT! para suami2,hidup dan kenikmatan ni tk lama..

ebbysis said...

pekehel la mamat sorg ni..
da terang2 nmpk slhnye 2..bukti pon ade..ketrgn jais pon da trg2 mngesahkn diowg ni berklwat..
pas2 le lak tpu seantero malaysia..
xwat pape kunun..

hentikn la lakonan ko 2..
berlakon sbg lelaki teraniaye ye bang??..xyahla weh..
msyrkat xbodo nk nilai 2 sume
kunon nk jd laki budiman..sudah la wey...gua da muak ngn statement palsu ko 2!!

Anonymous said...

1 je yang aku bleh simpulkan kat kau norman..~leleki dayussss~
0rg len dlm mlaysia ni ada gak yg kwin 2..3...4...tp xde menjatuhkan meruah bini mcm kau nih..
jatuh maruah bini kau bila kau bt perangai mcm ni..pergolakan dLM RUMAH TANGGA..BILA fmily sendiri tahu pun dah cukup malu bt kita.inikan pulak mcm yg kau bt kat abby ni.1 malaysia tau..suami artis ditangkap khalwat dengan pelakon baru...fuhhhh..best giler tajuk tu..aku tau bukan skali kau kna tangkap khalwat ngn memek tuh..awal tahun hari tu ada 1 artikal dlm surat kbar yg ckp "seorang aktor ditangkap khalwat bersama pendatang baru di premis nya".x serik2 kau norman....masa tu press x sebut nama kau..tp tu x buat kau insaf2..padan lah muka kau musibah camni dtg kat kau..geram tul aku ngn org cam kau ni..dah bt salah tu 1 hal..ni nak putar belit ayat lg...CeHhHhhHhHhHhHhH~

~CIK KIAH~

Anonymous said...

eh eh..berita atas tu...
"Norman Hakim pergi sembahyang hajat dan istikarah ar..."

Rakyat M'sia..jgn percaya dgn smua ni!Ni smua wayang jantan tak guna ni! bru skrg nk igt Allah ker?

bodohlah klu ada pengarah yg amik norman taik dan memey jalang berlakon lps ni!bakat tak seberapa, kontroversi jer lbh!

Hapuskan mereka!!!!go to hell!