Monday, November 17, 2008

Pengurus dan Ashraf Sinclair Kecewa Dengan Kenyataan Melodi

Pasangan pengantin baru Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kecewa dan sedih dengan laporan program Melodi diTV3 pasal majlis resepsi perkahwinan mereka minggu lalu.

Namun mereka enggan memeningkan kepala memikirkan kekusutan itu demi menikmati saat-saat bahagia dan manis setelah disatukan sebagai suami isteri.

Mereka kini masih berada di Malaysia dan akan terbang ke Maldives untuk berbulan madu hujung minggu ini.

"Ashraf dan Bunga ada berkata kepada saya yang mereka rasa terganggu dan kecewa dengan laporan (negatif) pasal majlis resepsi kerana dia telah berusaha untuk menjadikan majlis resepsi perkahwinan mereka satu detik
[Amin Hussen (kanan) membuat sidang akhbar sehari selepas program Melodi disiarkan.]

Amin Hussen (kanan) membuat sidang akhbar sehari selepas program Melodi disiarkan.
yang indah dan diingati," kata Pengurus Besar Beyond Events, Amin Hussen.

Amin menjadi jurucakap bagi pihak Ashraf yang bernaung di bawah bumbung syarikat pengurusan artis itu.

"Saya cuba fahami dan mencari apakah tujuan laporan itu dibuat," kata Amin.

Laporan Melodi pada 16 November 2008 menggambarkan ada rungutan tidak puas hati daripada pihak media yang membuat liputan sepanjang majlis yang berlangsung di Hotel The Saujana, Subang pada 14 November lalu.

"Saya akui ada sedikit masalah dalaman yang tidak ada kaitan dengan tetamu dan pihak media. Keluarga Bunga dalam 30 orang tinggal di hotel lain. Kami menyediakan perkhidmatan menyewa kenderaan untuk membawa mereka pulang.

"Pemandu mendesak agar tetamu cepat manaiki kenderaan untuk pulang ke hotel. Ashraf memang tak puas hati dengan pemandu. Sebab itu acara keluarga Bunga bergambar bersama pengantin diselesaikan terlebih dalulu," jelas Amin.

Amin menegaskan laporan Melodi tersebut tidak benar malah pihaknya tidak menerima rungutan daripada media yang diudang sebagai tetamu dan sekali gus membuat liputan majlis tersebut.

"Ashraf dan Bunga berusaha melayan semua media sebaik mungkin," kata Amin.

Sumber : ManggaOnline

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: