Tuesday, November 11, 2008

Penjelasan Memey Suhaiza Mengenai Kes Khalwat


“Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,”

luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.

Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.

“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.

“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.

Boleh percaya ke kata-kata memey nie?


Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



10 Komen Pelawat:

Anonymous said...

alah sememek...mu cakap gane pun org ramai tak percaya punyer....kaki nawok ni...kaki kuat lebong....jalan cerita yang tak munasabah...jalan cerita yang berbelit belit...

Anonymous said...

boikot memy dan norman

Anonymous said...

apela nk jadi sekarang ni..dunia mahu kiamat udah agaknyer..senang2 je nk tipu atas darat kering ni haaa...tak pe la kak abby,Tuhan dah catat semernya..jgn bimbang yer..moga tabah selalu..muahahhhaa

Anonymous said...

haiya mana satu yang betul ni.. Jais? Norman? Memey???

Anonymous said...

HaHa..MeMeY..xPaYaH Ar nK BeRsIh kN NamU TuH Lg..0wG SuMe tAw dAh TeMbElAnG Mu..ApAlAH..rAmAi Lg lAkI BuJaNg dLm dUnIa nI.lAkI OwG yG Mu pIlIh nApE..sAjE CaRi NaHaS Lah..Tu wAt mAkSiAt Lg..IsH2..aPaLaH nK JaDi....tUhAn Bg 0Tak..0wG kAtA aDa 0TaK pIkIr..HaHaHa

LaDy eyZa.. said...

hei apalah nak jadi dgn dunia skg nie..artis khwin cerai je..kpd memey tu tak da lelaki lg kat dunia nie die nak wat publish...norman plak x ingat isteri ke tu wat pkara yg memalukn cm tu....ada isteri yg baik x d jaga..wat abby tersayang jgn cedih2 ye..igt tuhan ya...tak guna pelihara laki mcm tu..k luv u muahhhh!!!

LaDy eyZa.. said...

itu lah norman tak suh c memey tu wat statement coz takut bcanggah...ishhhh ketara sgt lah dah wat dosa...huhhuuhuuu..

Anonymous said...

memek..kau ngn norman same je ar.norman x bg kau bt statement sbb takut bercanggah? nampak sgt ar nak menipu korang ni. kalau benda tu btol..x kan ar ststement leh bercanggah..semuanya akan berasas dan same je.ni kes menipu..memg ar takut bercanggah...apelah korang ni..nk wat kj jahat..tp b0d0h..ada otak pikir ar..orang x skolah pon bleh pikir semua tu...cehhhh

~cik kiah~

Anonymous said...

tol tu anonymous!!!! dorg nie dahla gla popular pastu gla isteri lg....pmuan tu mcm cntik sgt...cntik lg abby...idup abby!!!!!!

Anonymous said...

aku geram ar dgn cter nih....kalau takde angin takkan pokok leh goyang kan,n lagi 1 'bertepuk sblh tgn takkan bunyi' kan3....fhm2 je la....