Thursday, November 13, 2008

Wardina Selamat Melahirkan Anak Lelaki

SS baru saja mendapat khabar gembira mengenai kelahiran anak mereka di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada 11 November lalu. Tahniah SS ucapkan buat Wardina dan suami kerana pengacara jelita kacukan Aceh-Australia ini diberikan bayi lelaki yang dinantikan mereka sekeluarga.

Rakan SS dimaklumkan sendiri berita ini oleh Wardina menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Dimaklumkan, bayi lelaki seberat 3.75 kilogram yang dilahirkan secara normal itu juga berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kata pelakon drama bersiri Cinta Madinah 2 dan Impian Ilyana itu, dia masih ditahan di wad untuk berehat lama sedikit kerana menjalani rawatan fisioterapi untuk sakit di bahagian belakangnya selepas bersalin.

SS difahamkan, Wardina sudah menghadapi sakit di bahagian belakang badannya itu ketika proses mengandung anak ketiganya lagi. Selain menjalani rawatan berkenaan, bayi lelaki Wardina juga sempat dikhatankan sekali di hospital pakar berkenaan.

Apapun, kehadiran bayi lelaki pertama itu turut melengkapkan lagi kebahagian rumah tangga Wardina dan suami yang sudah mempunyai dua anak perempuan comel, Amna Nafeesa, 5, dan Azra Sareera, 2 setengah tahun.

Kata Wardina, suaminya paling gembira kerana dia memang mengidamkan anak lelaki dalam keluarga mereka. Malah bayi lelaki itu juga belum diberi nama kerana Wardina menyerahkan urusan menamakan anak ketiga mereka kepada suaminya.

Jika tiada aral, kata Wardina, dia juga dijangka keluar dari wad, Ahad ini. Pada masa sama, dia berpantang di kediamannya di Ampang dan dijaga ibu dan suaminya. Wardina juga dijangka kembali memulakan tugasnya di WHI selepas sihat sepenuhnya dan tubuhnya kembali langsing seperti dulu.

Sumber : myMetro

Jangan Lupa Baca Yang Ini Juga..



0 Komen Pelawat: